Wednesday 21 September 2011

MAT SABU PERLU BERMUHASABAH DIRI

 Salam semua...

Kepada pak cik mat sabu, saya harap jangan terlampau ghairah berceramah semenjak memegang jawatan timbalan presiden PAS. Tolong pikirkan dosa kamu memfitnah, memaki dan menipu dalam setiap ceramah kamu. Pangkat TIMBALAN PRESIDEN PAS hanya sementara, tapi dosa yang kamu perolehi macam mane bro?

Bangsa melayu islam tidak perlukan pemimpin macam kamu, malahan tiada banyak faedah untuk bangsa melayu. Apa yang diharapkan oleh bangsa melayu, adalah supaya kamu jangan terus menyebarkan fitnah, memaki dan menipu. Kami tidak mampu menolong mu diakhirat kelak. Sebelum dapat kerusi, hari2 baca ayat kerusi.... sudah dapat kerusi... apa dah jadi bro?

Friday 2 September 2011

TERENGGANU HARUS SEGERAKAN PENUBUHAN AKADEMI BADMINTON

Salam,
Setelah membaca berita didalam akhbar bahawa Terengganu akan menubuhkan AKADEMI BADMINTON DAN SEDANG MENCARI TAPAK. Saya bekas pemain badminton skuad remaja terengganu 10 tahun lepas bukan berasa gembira, malahan berasa terhina kerana daripada 10 tahun lepas berita mencari tapak akademi didengar sehinggalah sekarang masih belum ditemui. Adakah keluasan Terengganu seperti Singapura? Kepimpinan Persatuan harus bersungguh-sungguh. Kalau susah sangat, saya pun boleh carikan. Sekian.

Thursday 1 September 2011

Pengundi di Dun Batu Buruk Parlimen Kuala Terengganu Harus Berani Berubah

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya.

Kemungkinan pilihan raya umum diadakan adalah tidak lama lagi. Oleh demikian, pengundi-pengundi di Dun Batu Buruk harus berani berubah kerana setelah tiga penggal diperintah oleh PAS, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat. Malahan YB pun jarang kelihatan melawat kampung, disamping pembangunan dikawasan ini juga jauh ketinggalan walaupun keadaan lokasinya berdekatan di kawasan bandar.

Ini masanya untuk kita meluahkan rasa tidak puashati terhadap pentadbiran PAS YANG BEGITU LEMAH dan tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan kawasan ini. Apabila isu ini dilontarkan kepada mereka, sudah tentu semua orang dapat menjangka alasan yang akan diberikan iaitu MENYALAHKAN UMNO. Penulis amat berasa sedih diatas sikap pemimpin PAS yang melaungkan perjuangan islam, malahan tidak mampu menjana ekonomi islam dengan cemerlang seperti di ZAMAN RASULALLAH.

Bab kata orang, sebelum menang pilihanraya, hari-hari baca ayat kerusi... sudah menang duk baling kerusi sana sini. Inikah perjuangan PAS. HENTIKANLAH WAHAI SAHABAT.

Yang buruk datang daripada saya, yang baik adalah anugerah ALLAH S.W.T. HIDUP UMNO, MAJULAH     ISLAM.

Mat Sabu Tak Layak Memegang Jawatan Timbalan Presiden PAS

Salam para sahabat & Selamat Menyambut Hari Raya

Akibat terlampau berbangga berjaya memegang jawatan timbalan presiden PAS setelah berjaya mengalahkan dua tokoh ulama yang terkenal iaitu Tuan Man dan Nasharudin, kini MAT SABU dibuai mimpi ngeri yang boleh melingkup karier politiknya dan malahan juga maruah PAS. Kiri dan kanan umat islam telah memberi tekanan agar memohon maaf, adakah ini pemimpin yang dilahirkan oleh PAS yang selama ini memperjuangkan islam.

PAS harus segera mengantikan MAT SABU dengan pemimpin yang mempunyai latarbelakang agama yang kuat seperti DR. HASAN ALI. Cukuplah mempertikaikan usaha UMNO dalam memajukan ISLAM DI MALAYSIA. Sekarang sudah tiba masanya untuk PAS cermin diri sendiri dan memperbaiki prestasi parti mereka yang telah tersasar jauh dari perjuangan sebenar. Sekian.