Friday 30 December 2011

PAS JANGAN BERBOHONG LAGI DENGAN RAKYAT TERENGGANU

PAS diingatkan jangan meneruskan pembohongan demi pembohongan di Terengganu, kerana rakyat Terengganu tidak mudah diperdaya seperti rakyat Kelantan..... cukuplah sekali kami rakyat terengganu terseksa dibawah pemerintahan PAS....kami tak sanggup lagi.....janji nak laksanakan hudud sebelum ayam berkokok...bila menang cakap tak perlu laksanakan hudud dan salahkan UMNO. Hanya rakyat yang pendek akal akan menyokong mereka.
Bila rakyat minta bantuan, PAS cakap pusat sekat bantuan..sedangkan wakil rakyat mereka hidup mewah...isteri mereka juga memegang jawatan penting dalam kerajaan....kami akan pertahankan sehabis-habisnya Terengganu agar tidak terejatuh ketangan PAS yang menjual islam demi kepentingan PARTI. HIDUP UMNO, ALLAH PELIHARAKANLAH UMNO DAN TERENGGANU.

Tuesday 27 December 2011

MAYBANK

Kesungguhan MAYBANK menaja pasukan BADMINTON MALAYSIA harus dicontohi oleh syarikat-syarikat korporat lain terutamanya dalam menaja sukan BOLA SEPAK kerana pasukan kita memerlukan perbelanjaan yang besar untuk bersaing diperingkat antabangsa. Kerajaan juga perlu mengalakkan pihak swasta mencontohi MAYBANK. Pergaduhan di dalam persatuan sukan juga perlu dielakkan kerana ini memalukan pihak kerajaan walaupun ianya tidak berkait secara langsung dengan kerajaan.

Haramkah HARAKAH?

Kepada kerajaan Malaysia, kami memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula lesen akhbar harakah kerana berita yang dikeluarkan oleh mereka, kadang-kadang boleh memecah belahkan perpaduan orang islam. Kerajaan perlu berani mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan kerana memang umat islam di Malaysia amat membenci akhbar berkenaan yang kebanyakkannya menyyiarkan berita kampung dan tidak mendatangkan banyak manfaat kepada umat islam.

MUSTAFA ALI TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN PAS

Sikap Mustafa Ali yang melenting membabi buta mencerminkan bahawa dia sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin PAS. Dr. Hassan Ali yang memperjuangkan ISLAM dihentamnya membabi buta dan mengaitkannya dengan UMNO tanpa bukti dan usul periksa. Kalau dalam BN, Pak Lah pun dah turun...bila laggi hadi dan nik aziz mahu mengikut jejak Pak Lah.... Demi masa depan PAS yang lebih cemerlang, pemimpin tersebut dinasihatkan agar meletak jawatan dengan segera kerana PAS sudah tidak memerlukan mereka lagi.
PAS lebih memerlukan pemimpin seperti Dr. Hassan Ali dan Ustaz Harun Din yang tidak suka memaki hamun sesama islam.
JOM SEMUA AHLI PAS, kita berusaha mengangkat Dr.Hassan Ali dan Ustaz Harun Din sebagai pemimpin islam yang sebenar.

PTPTN

Semua bekas graduan di Malaysia dinasihatkan agar membuat pembayaran PTPTN dengan segera demi menjamin masa depan mahasiswa akan datang. Mahasiswa yang begitu tidak sabar menceburi politik dengan pihak pembangkang juga harus menjelaskan pinjaman tersebut dengan segera.
Jangan bila susah, mereka datang mencari kerajaan dan bila senang menhentam kerajaan membuta tuli seperti orang yang tiada otak.
PAS juga dicabar agar menyediakan pinjaman pelajaran yang secukupnya kepada pelajar-pelajar yang pro pembangkang kerana pembangkang mesti mempunyai banyak wang berdasarkan dakwaan mereka bahawa rasuah tidak berlaku sebelah pihak mereka.

Monday 26 December 2011

FACEBOOK

Para umat islam di Malaysia dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kemudahan laman sosial facebook kerana masih banyak kebaikan yang patut diterokai oleh mereka. Gunakan laman ini terutamanya bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara kaum keluarga.

SAHAM PROTON

Sime Darby perlu berusaha keras untuk mendapatkan pegangan saham proton daripada Khazanah Malaysia bagi menjadikan Sime Darby sebuah GLC yang digeruni pada peringkat antarabangsa. Inilah peluang keemasan dan Sime Darby tidak patut melepaskannya.

IBRAHIM ALI

Perdana Menteri Malaysia perlu memberi laluan kepada Ibrahim Ali untuk bertanding dalam PRU 13 kerana beliau adalah merupakan salah satu calon boleh menang. Kelantangan Ibrahim Ali amat dihargai oleh kebanyakkan umat islam di Malaysia samaada ahli UMNO mahupun PAS.

KRISMAS

Umat islam dinasihatkan agar tidak menyambut perayaan krismas mahupun meraikannya kerana ianya dilarang oleh islam. Kita hanya perlu menghormati dengan tidak menggangu dan menghina sambutan mereka.

PAS JANGAN JADIKAN HUDUD SEBAGAI BAHAN KEMPEN

PAS diingatkan terus berusaha untuk melaksanakan hudud dinegeri-negeri yang diperintahnya dan bukannya jadikan hudud sebagai bahan untuk berkempen dan memburukan UMNO. PAS dilihat lebih menggunakan HUDUD didalam ceramah politik dan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Bagi rakyat Terengganu, mereka telah terkena tembelang PAS mengenai HUDUD kerana PAS telah berjanji akan melaksanakan HUDUD setelah mereka menang pilihanraya 2 penggal lepas. Namun demikian, janji tinggal janji. Banyak lagi janji-janji PAS yang hanya ditaburkan kepada rakyat malahan tidak dikotakannya. PEMBOHONGAN PAS semakin lama, semakin diketahui oleh rakyat. Oleh sebab itulah, PAS kembali kalah teruk pada pilihanraya lepas di Terengganu dan tidak mungkin sekali lagi rakyat Terengganu akan ditipu oleh PAS.

Friday 23 December 2011

JUALAN MURAH

Para pengguna sentiasa dinasihatkan agar berhati-hati dengan jualan murah kerana banyak kes-kes penipuan yang telah berlaku. Pihak kerajaan juga diharapkan agar dapat mengetatkan lagi syarat-syarat untuk melakukan jualan murah di Malysia agar peniaga tidak sesuka hati menipu pengguna terutamanya pengguna yang miskin.

PAS OH PAS DAN BANGAU OH BANGAU

PAS perlu berhenti politik menyalahkan orang lain termasuk UMNO kerana ianya akan mengambarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang lemah dan mudah diperdayakan oleh lawan.
PAs juga perlu lakukan perubahan pada pucuk pimpinan mereka. Pemimpin PAS yang terlalu lama hendaklah ditukar dengan segera kerana telah terbukti mereka tidak mampu membawa perubahan kepada PAS malahan membawa pepecahan yang amat teruk.

SUMPAH

Semua orang percaya dengan cerita sumpah MAHSURI DILANGKAWI dimana ALLAH telah menolong orang yang teraniaya setelah dia bersumpah. Tetapi lain dengan keadaan sekarang, orang yang mengatakan dirinya dianiaya yang tidak berani bersumpah, malahan diputar belitkan pula soal sumpah.
Lagi mengecewakan apabila segelintir golongan alim turut terlibat dalam soal memutar belitkan soal sumpah ini. Ini corak politik kotor ataupun corak politik pihak yang tertekan kerana terlampau ramai penyokon mereka telah meninggalkan mereka.

PAS PERLU BAWA RENTAK SENDIRI

Semakin hari, perjuangan PAS semakin jauh dari menegakkan ISLAM. Pas kebulur pemimpin yang berwibawa sehingga sanggup menjadi pak turuk kepada keadilan dan DAP. Kerusi PAS pun lebih rendah daripada DAP dan tidak berapa berbeza kerusi dengan keadilan. PAS harus terima kenyataan bahawa PAS masih belum bersedia untuk mengantikan UMNO. Ini adalah realiti dan bukannya fantasi.
Konflik PAS Selangor dan teguran yang bertalu-talu daripada pihak istana melambangkan kelemahan PAS untuk menjadikan ISLAM sebagai agama yang dihormati di Malaysia.
Pemimpin seperti MUSTAFA ALI dan KHALID SAMAD juga membawa imej yang buruk terhadap PAS pada pandangan penulis. PAS lebih sayangkan DAP daripada hudud.

Thursday 22 December 2011

PEMBANGKANG TIDAK SEPATUTNYA MENGGUNAKAN PELAJAR IPTA

Perkembangan corak politik pembangkan yang semakin kotor di Malaysia amat merisaukan banyak umat islam. Hentikanlah menggunakan pelajar IPTA yang mahu belajar, berusaha dengan cara islam untuk kemenangan. Percayalah janji Allah bahawa Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang benar dan berusaha bukannya bersama dengan orang yang menimbulkan keadaan huru-hara tanpa mengira had dan batasnya.
BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL bukannya BERCERAMAH! BERGADUH! BERDOLAK DALIK!

LEE CHONG WEI & BAM

Bagi pandangan seoarang peminat badminton di Malaysia, BAM perlu membuat perubahan walaupun sedikit kerana gagal melahirkan ramai pemain yang berkaliber seperti lee chong wei malahan mempunyai masalah. BAM harus bersikap tegas dengan pegawai-pegawai mereka dan meletakan target yang sewajarnya bagi melahirkan pemain yang lebih ramai. Tiada masa lagi untuk BAM bertindak melainkan sekarang. Jadikan CHINA sebagai contoh yang terus dapat menguasai arena badminton dimata dunia sehingga mampu memperkenalkan jenama sukan keluaran sendiri. Malaysia juga mampu tetapi ianya memerlukan pegawai yang begitu semangat.

ADAM ADLI : Pelajar Islam di IPTA kecewa

Tindakan seorang pelajar UPSI yang menurukan bendera perdana menteri Malaysia amat mengecewakan puluhan ribu pelajar IPTA lain di Malaysia malahan di luar negara. Sebagai seorang pelajar, dia tidak sepatutnya terikut-ikut rentak pemimpin politik yang berniat jahat kepada negara. Sekiranya keputusan peperiksaan dia amat cemerlang pun masih tidak sepatutnya melakukan hal tersebut. Hal demikian tidak pernah berlaku di Malaysia. Sebagai pelajar islam, perbuatan amat memalukan dan membuatkan pelajar agama lain bertepuk tangan dan menghina agama kita.
Kalau betul adam rasakan dirinya amat mampu menjadi pemimpin politik, habiskan pengajian secepat mungkin...tiada siapa yang menghalangnya. Nasihat kami, janganlah mengadaikan masa depan anda yang cerah kepada satu puak yang tidak ada asas perjuangannya kerana asas perjuangannya tidak mampu diluahkan kepada rakan pakatan malahan diluahkannya habis-habisan kepada UMNO. Masa depan seorang pelajar lebih penting.

WANG KERTAS BARU

Malaysia akan menggunakan wang kertas baru dalam jangkamasa tidak lama lagi. Hal ini merupakan satu langkah bijak kerajaan Malaysia untuk memantapkan lagi kawalan matawang. Wajah baru wang kertas tersebut amat menarik dan melambangkan keharmonian hidup pelbagai kaum di Malaysia.
Oleh demikian, rakyat Malaysia amat berharap banyak lagi langkah-langkah lain bagi memantapkan keadaan ekonomi akan dilaksanakan dengan segera. Kemampuan kerajaan menghadapi krisis ekonomi di Eropah juga amat dipuji dan disanjung tinggi. Kerajaan Malaysia sudah berada dilandasan yang betul dan baik, kritikan-kritikan oleh pembangkang hanya merupakan satu kritikan yang tidak betul dan tidak berasas.
Rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan yang lebih kuat kepada kerajaan bagi membantu penjanaan ekonomi yang lebih baik. Pertukaran kerajaan hanya merugikan rakyat sendiri kerana pembangkang di Malaysia amat lemah dalam pentadbiran serta soal penjanaan ekonomi.

Tuesday 20 December 2011

MENCARI KERJA KOSONG

Kepada mahasiswa yang masih menganggur, anda dinasihatkan agar tidak memilih kerja dan menyalahkan kerajaan. Para mahasiswa boleh bekerja part time dimana-mana sahaja asalkan pekerjaan tersebut adalah halal. Contoh-contoh pekerjaan part time di Malaysia ialah:
1. KFC dan Pizza Zut dimana anda berpeluan untuk menjadi assistant manager dengan cepat.
2. Bekerja diladang-ladang kelapa sawit kerana elaun sara hidupnya RM 250 sebulan dan anda juga mampu memperolehi pendapatan melebihi RM 1000 sebulan.
3. Bekerja dikilang-kilang dimana anda hendaklah berhijrah ke bandar, jangan terlampau ingin bekerja di kampung melainkan anda mempunyai peluang atau mampu berbuat demikian.
4. Mencuba perniagaan seperti menjual air ditepi jalan kerana ia tidak memerlukan modal yang tinggi.
5. Membantu mengusahakan tanah-tanah terbiar milik keluarga sendiri ataupun tanah wakaf.
6. Hendaklah sentiasa menghantar borang permohonan kerja walaupun syarikat berkenaan tiada kekosongan kerja.
7. Berdoa dan bertawakal.

MUTIARA KATA BUAT PEDOMAN

1. Terus lakukan perubahan walaupun ianya kecil daripada berhenti melakukan sesuatu.
2. Jangan salahkan orang lain sekiranya kita gagal kerana kita tidak mampu mengubah orang lain.
3. Jangan memaki orang dengan kata-kata yang kesat kerana kata-kata tersebut akan kembali kepada kita.
4. Kegagalan adalah permulaan langkah untuk kita berjaya.
5. Usaha tangga kejayaan.
6. Kekayaan harta bukan segala-galanya, namun jika dibekalkan dengan pedoman agama yang baik. Ianya merupakan suatu nikmat yang tiada tolak bandingnya.

Siapa calon UMNO pru13?

UMNO perlu mengambil berat soal calon mereka pada pru13 nanti, apa yang paling penting. UMNO perlu menambahkan lagi golongan ULAMA sebagai calon mereka bagi mengimbagi golongan kontraktor didalam UMNO. Golongan ulama mampu memberi sumbangan ilmu yang bermanfaat kepada rakyat walaupun mereka tidak berkemampuan dari segi wang. Keperluan wakil rakyat dari golongan ulama amat diperlukan bagi mewujudkan satu barisan kepimpinanan yang lebih mantap dari segi ekonomi dan agama. Sekiranya dato seri najib mampu melakukannya, penulis percaya tiada halangan besar untuk kerajaan barisan nasional mendapatkan undi 2 per 3.

NIK AZIZ PERLU TUKAR KEPIMPINAN PAS SELANGOR

Setelah PAS memerintah di Selangor, parti PAS nampak lebih bercelaru daripada UMNO kerana pertengkaran sesama pemimpin mereka yang mengelarkan diri mereka islam. Pemimpin hebat seperti dr.hassan ali yang berjuang mati-matian mempertahankan soal penjualan arak kepada orang islam, lesen rumah urut, gejala murtad dan kedudukan raja-raja melayu ditentang hebat oleh puak-puak PAS yang berhaluan anwar. Ini mengembarkan nik aziz tidak mampu mengawal keadaan ini walaupun dilihat agak mudah untuk diselesaikan.
Ini lah akibat terlalu sibuk mencampuri urusan dalaman parti UMNO sehingga masalah sendiri di dalam PAS tidak mampu diselesaikan. Adakan ini mengambarkan kepimpinan islam yang hebat...mungkin tidak kerana pemimpin islam pasti menyokong pemimpin mereka yang menegakkan syiar islam seperti dr.hassan ali.

Semakan keputusan PMR melalui mySMS

Kepada pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR, boleh menyemak keputusan anda melalui sms. Bagi yang berjaya, penulis mengucapkan tahniah dan jangan berhenti berusaha dan lupa diri. Kepada pelajar yang kurang berjaya, teruskan usaha anda kerana kegagalan PMR bukan bermakna gagal segalanya. Yang penting disini, amal ibadat dengan allah s.w.t perlu dijaga dan ditambahkan lagi.

Monday 19 December 2011

USTAZ KAZIM TIDAK PERLU TAKUT DENGAN PAS

Penceramah bebas dan ahli parliman bebas tidak perlu takut dengan PAS. Mereka perlu menegur PAS dengan tegas kerana perjuangan PAS kini telah jauh terpesong akibat mengikut buntot pihak yang tidak ikhlas memperjuangkan PAS. PAS juga penting bagi umat islam di Malaysia sebagai pembangkang mahupun kerajaan sekiranya PAS betul2 mampu.
Tapi berdasarkan keadaan politik terkini, PAS cukup lemah untuk mengetuai pakatan pembangkang. Sudah tiba masalah umat islam di Malaysia bersatu menentang DAP yang semakin lama semakin biadap.
Umat islam di Malaysia amat kecewa dengan pemimpin PAS yang hanya sibuk memfitnah kerajaan dan takut sekali mempertikaikan tindakan-tindakan DAP yang boleh menjejaskan kesucian islam di Malaysia. Sikap PAS yang suka membakar hati remaja untuk membenci kerajaan adalah bukannya sikap sebuah kerajaan islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasul kita.

BANTUAN RM500 KEPADA RAKYAT

Kepada penyokong2 pembangkang yang mengatakan RM500 bantuan oleh kerajaan yang amat perihatin kepada kesusahan rakyat sebagai RASUAH dinasihatkan agar tidak mengambil wang tersebut. Jangan jadi seperti di Kelantan, kerajaan hari2 cakap negeri kebajikan sedangkan kadar kemiskinannya amat tinggi. Manakala kadar gejala sosial nya pun tinggi dimana Kelantan merupakan negeri paling tinggi penghidap AIDS. Inilah masalah PAS, ceramah hari2 tapi yang dengar hanya penyokong PAS, sepatutnya sampaikan islam kepada semua rakyat. Menteri besar paling lama pun diKELANTAN juga, bila MAHATHIR pegang jawatan lama, mereka desak letak jawatan...tapi NIK AZIZ tak pulak. Kalau kelantan tu maju dan gejala sosial nya bagus, oklah tapi sebaliknya. Sedarlah wahai saudaraku di Kelantan.


Monday 12 December 2011

BERSATULAH WAHAI BANGSAKU DEMI ISLAM

Salam pada semua....

KEPADA PEMIMPIN UMNO
1. Tambahkan lagi semangat perjuangan, tempi segala fitnah yang dilemparkan kerana sekarang bukan masa kita berlembut. Kita perlu tegas dan berani mempertahankan hak kita...kita bukan rasis tapi defensive.
2. Kritiria akhlak yang mulia perlu dipertimbangkan didalam memilih calon, tambahkan golongan agama sebagai calon. Calon wanita tunggu dulu.
3. Berikan ruang yang lebih besar kepada ulama2 di Malaysia untuk menegakkan syiar ISLAM tapi bukan dengan ULAMA PAS yang taksub sehingga menyamakan nik aziz dengan nabi.
4. Tegas mengenai aurat pemimpin wanita dan isteri pemimpin.

KEPADA PAS
1. Pilihlah ketua pembangkang yang lebih baik.

KOR MING JANGAN PERSENDA AYAT AL-QURAN

Salam.

Semenjak PAS berpakat dengan DAP, semakin huru hara ISLAM dibuatnya. Memanglah tak salah orang kafir membaca al-quran, tapi baca betul. Bukan macam baca surat khabar, baca ayat al-quran ada hukum tajwidnya. Bukan main hentam je, betul ke niat KOR MING baca ayat itu kerana nak mengenal ALLAH s.w.t. Kenapa kat rumah, dia tak baca pun. Ini menunjukkan golongan ini menggunakan ayat al-quran kerana ingin menarik umat islam agar percaya kepada mereka.
Apa kah kebulur sangat umat islam sehingga memanggil bukan islam untuk membaca ayat tersebut. Beribu ustaz-ustaz PAS, mana pergi semua? Ingatlah sahabat, sesama islam, kita bertolak ansur tapi dengan bukan islam, kita perlu tegas. Sikap ini yang tidak ada pada PAS sekarang.