Thursday 22 December 2011

ADAM ADLI : Pelajar Islam di IPTA kecewa

Tindakan seorang pelajar UPSI yang menurukan bendera perdana menteri Malaysia amat mengecewakan puluhan ribu pelajar IPTA lain di Malaysia malahan di luar negara. Sebagai seorang pelajar, dia tidak sepatutnya terikut-ikut rentak pemimpin politik yang berniat jahat kepada negara. Sekiranya keputusan peperiksaan dia amat cemerlang pun masih tidak sepatutnya melakukan hal tersebut. Hal demikian tidak pernah berlaku di Malaysia. Sebagai pelajar islam, perbuatan amat memalukan dan membuatkan pelajar agama lain bertepuk tangan dan menghina agama kita.
Kalau betul adam rasakan dirinya amat mampu menjadi pemimpin politik, habiskan pengajian secepat mungkin...tiada siapa yang menghalangnya. Nasihat kami, janganlah mengadaikan masa depan anda yang cerah kepada satu puak yang tidak ada asas perjuangannya kerana asas perjuangannya tidak mampu diluahkan kepada rakan pakatan malahan diluahkannya habis-habisan kepada UMNO. Masa depan seorang pelajar lebih penting.

No comments: