Monday 19 December 2011

USTAZ KAZIM TIDAK PERLU TAKUT DENGAN PAS

Penceramah bebas dan ahli parliman bebas tidak perlu takut dengan PAS. Mereka perlu menegur PAS dengan tegas kerana perjuangan PAS kini telah jauh terpesong akibat mengikut buntot pihak yang tidak ikhlas memperjuangkan PAS. PAS juga penting bagi umat islam di Malaysia sebagai pembangkang mahupun kerajaan sekiranya PAS betul2 mampu.
Tapi berdasarkan keadaan politik terkini, PAS cukup lemah untuk mengetuai pakatan pembangkang. Sudah tiba masalah umat islam di Malaysia bersatu menentang DAP yang semakin lama semakin biadap.
Umat islam di Malaysia amat kecewa dengan pemimpin PAS yang hanya sibuk memfitnah kerajaan dan takut sekali mempertikaikan tindakan-tindakan DAP yang boleh menjejaskan kesucian islam di Malaysia. Sikap PAS yang suka membakar hati remaja untuk membenci kerajaan adalah bukannya sikap sebuah kerajaan islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasul kita.

No comments: