Thursday 22 December 2011

WANG KERTAS BARU

Malaysia akan menggunakan wang kertas baru dalam jangkamasa tidak lama lagi. Hal ini merupakan satu langkah bijak kerajaan Malaysia untuk memantapkan lagi kawalan matawang. Wajah baru wang kertas tersebut amat menarik dan melambangkan keharmonian hidup pelbagai kaum di Malaysia.
Oleh demikian, rakyat Malaysia amat berharap banyak lagi langkah-langkah lain bagi memantapkan keadaan ekonomi akan dilaksanakan dengan segera. Kemampuan kerajaan menghadapi krisis ekonomi di Eropah juga amat dipuji dan disanjung tinggi. Kerajaan Malaysia sudah berada dilandasan yang betul dan baik, kritikan-kritikan oleh pembangkang hanya merupakan satu kritikan yang tidak betul dan tidak berasas.
Rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan yang lebih kuat kepada kerajaan bagi membantu penjanaan ekonomi yang lebih baik. Pertukaran kerajaan hanya merugikan rakyat sendiri kerana pembangkang di Malaysia amat lemah dalam pentadbiran serta soal penjanaan ekonomi.

No comments: