Thursday 1 September 2011

Pengundi di Dun Batu Buruk Parlimen Kuala Terengganu Harus Berani Berubah

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya.

Kemungkinan pilihan raya umum diadakan adalah tidak lama lagi. Oleh demikian, pengundi-pengundi di Dun Batu Buruk harus berani berubah kerana setelah tiga penggal diperintah oleh PAS, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat. Malahan YB pun jarang kelihatan melawat kampung, disamping pembangunan dikawasan ini juga jauh ketinggalan walaupun keadaan lokasinya berdekatan di kawasan bandar.

Ini masanya untuk kita meluahkan rasa tidak puashati terhadap pentadbiran PAS YANG BEGITU LEMAH dan tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan kawasan ini. Apabila isu ini dilontarkan kepada mereka, sudah tentu semua orang dapat menjangka alasan yang akan diberikan iaitu MENYALAHKAN UMNO. Penulis amat berasa sedih diatas sikap pemimpin PAS yang melaungkan perjuangan islam, malahan tidak mampu menjana ekonomi islam dengan cemerlang seperti di ZAMAN RASULALLAH.

Bab kata orang, sebelum menang pilihanraya, hari-hari baca ayat kerusi... sudah menang duk baling kerusi sana sini. Inikah perjuangan PAS. HENTIKANLAH WAHAI SAHABAT.

Yang buruk datang daripada saya, yang baik adalah anugerah ALLAH S.W.T. HIDUP UMNO, MAJULAH     ISLAM.

No comments: